Saturday, May 23, 2009

MASA! MASA!

Assalamualaikum..

Kepada semua sahabatku,

Kita semua tahu yg masa itu amat berharga! Ataupun antum x tahu? hehe...

Kat sekolah, kita dah belajar pepatah Bahasa Arab yg berbunyi "Al-Waqt Kassaif, In Lam Taqtho'ahu Qatha'aka"..Apa maksudnya? Hemm, maksudnya, "Masa itu umpama pedang, Jika engkau tidak memotongnya, maka ia akan memotongmu!"

Jadi, kita mestilah berusaha untuk melakukan perkara2 yang bermanfaat dan yg blh mendatangkan keredhaan Allah Taala.

Contohnya, kalau masa guru tiada dalam kelas, mungkin kerana guru kita ada urusan yang perlu diselesaikan, kita ambillah masa itu untuk membuat kerja sekolah, mengulangkaji ataupun membaca Al-Quran..Dapat pahala tau! Bukannya rugi pun.

Kalau rasa malas sangat, lebih baik kita tidur sebentar daripada berceloteh atau bersembang benda2 yang mungkin membuang masa.."DIAM ADALAH LEBIH BAIK DRPD BERKATA-KATA". Pernah dgr kan kata2 ni? Ataupun ana silap ayat..huhu..

Hemm, betullah tu.. Kalau kita diam, tak cakap apa2 adalah lebih baik daripada cakap bnd yg bukan2..Ana pernah dengar adalah hamba Allah ni cakap (maaf, tak ingat siapa) , kalau cakap banyak,  byk salahnya, kalau byk salah ucapannya, maka akan bertambah-tambahlah dosanya, kalau dosa dah bertambah, jawabnya nerakalah tempatnya.

Selain daripada itu, kita haruslah jaga pandangan kita ketika berada di dalam kelas atau di mana sahaja kita berada. Kerana sesungguhnya Allah sentiasa melihat kita dan Allah berada di mana2 sahaja. Bak kata Mh. ______, mula2 pandang2, lepastu senyum2, lepastu minta nombor tepon,  pabila rindu sudah membuak, pertemuan diatur..Harap2 dijauhkan diri kita semua drpd bnd2 yg sebegini.. "WALAA TAQRABUZZINA"!

Jadi, sahabat-sahabatku, jagalah masamu dan jagalah pandanganmu..

Peringatan ini ana tujukan khas untuk banin dan banat kelas 4 umar, juga termasuk diri ana ini.

Maaf dipinta, jika ada yang terasa. 

Wassalam.

----31 MAY 2009----

Assalamualaikum semua..
Ahaa, di sini ana nk buat satu pengumuman..

M. Fawwaz akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang gadis yang bernama
Nurain pada 31 Mei ni..

M. Fawwaz dn bakal isterinya akn melangsungkan p'kahwinan di rumah M. Fawwaz sendiri..

Ucapan TAHNIAH ditujukan kepada M. Fawwaz dn juga kak Nurain..

Semoga sentiasa bahagia bersama bakal isteri Muallim..InshaAllah..

Semua pelajar dijemput hadir ke majlis perkahwinan M. Fawwaz..