Friday, September 25, 2009

Remaja Berakhlak Di Bawah Panji-Panji Islam




Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as.
www.iluvislam.com
dihantar oleh : yati87*
editor : IskethaykaL







Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu.

Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.

Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.




Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.

Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan.

Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.

Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan.

*dipetik daripada buku "Nota Kepada Diri" karya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Sunday, September 13, 2009

Jom Buat Solat Sunat Awwabin!




salam 'alaik..
bagaimana dengan harimu? ceria? sedih? gembira?.. bagaimana dgn amalmu? adakah imanmu bertambah atau berkurang? semoga amal dan iman kita semua sentiasa berada dlm keadaan yg 'stabil'. InshaAllah. Moga2 kita x mensia-siakan bln ramadhan ni dgn benda yg x berfaedah.

Kat sini, ana nak kongsi sikit ttg SOLAT SUNAT AWWABIN / HIFZUL IMAN..
Solat sunat ni, kt blh amalkn antara solat Maghrib wa Isyak. Sunat Awwabin ni maksudnya kembali mengingati Allah semasa kebanyakan manusia masih sibuk dengan kerja atau urusan2.
Dalam hal ni, Rasulullah SAW ada bersabda yg bermaksud :
[ Sesiapa yang solat selepas solat Maghrib enam rakaat sebelum berkata-kata, nescaya diampunkan baginya segala dosanya selama lima puluh tahun]

>.<>

Utk maklumat yg lbih lanjut ttg solat sunat ni, antum bolehla search di http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm#SOLAT_SUNAT_AWWABIN..
Semoga dgn ilmu yg kita peroleh ni, akan kita amalkan. InshaAllah.
Bak kata pepatah Arab yg berbunyi [ Ilmu tanpa amal amal, ibarat pokok tanpa buah ].
Dan semoga kita sentiasa istiqamah dlm melakukan segala amalan.

Saturday, September 5, 2009

Bandar Qalqilia Menjerit

Bandar Qalqilia Menjerit: Kami Penghuni Penjara Terbesar Dunia, Tiada Tempat Hidup dan Mati


Wilayah di utara kota Tebing Barat yang bernama Qalqilia, sejak beberapa tahun lalu telah dikelilingi oleh dinding yang tinggi. Sudah lebih dari 35 mil persegi tanah milik rakyat Palestin itu diambil secara paksa oleh pendudukan haram Israel. Kota yang pada awalnya luas itu kini tidak lagi cukup untuk menjadi tempat hidup, bahkan demakin menuju kepada kematian.
Di sana sudah tidak ada ruang lagi bagi kuburan. Qalqilia kini menjerit dan meminta tolong untuk diselamatkan sebelum kota itu runtuh.

Ketua Daerah Qalqilia menjelaskan bahawa masa depan kota tersebut sangat terancam. Qalqilia benar-benar dikepung seluruhnya. Kota ini terasing di belakang tembok pemisah dan sentiasa berada di bawah pengawasan pos pemeriksaan.

“Pada awalnya, kota ini masih nampak di peta meskipun kecil. Namun kini, luas kota Qalqilia semakin menyempit. pembangunan rumah-rumah penduduk hanya diperbolehkan berdiri empat kilometer dari dinding pemisah. Sedangkan terdapat 50000 penduduk yang tinggal disini. Mereka semua bergerak bersama-sama dalam ruangan yang amat sempit ini.” ulasnya.

Sangat menyedihkan. Rasanya tidak ada kota di mana pun di dunia ini yang Qalqilia2senasib seperti Qalqilia. Bahkan disini orang mati pun tidak mempunyai tempat, kecuali jika membuka kuburan baru di atas kuburan yang lama di tapak perkuburan utama kota. “Kami tidak upaya lagi membuka kubur tambahan. Semua tanah telah di rancang melalui pelan induk yang diperuntukkan bagi bangunan penempatan.” Tambah Ketua Daerah Qalqilia tersebut.

Sudah jelas menunjukkan tembok pemisah yang di bina oleh Yahudi Israel telah memberi kesan buruk kepada penduduk Qalqilia. Ketua daerah Qalqilia tersebut berkata, “Apa pun yang kita katakan tentang kesan dinding apartheid ini, kita tidak dapat menutupi sebuah kenyataan bahawa daerah dan bandar ini telah menjadi penjara terbesar di dunia. Bayangkan, ada lebih dari lima puluh ribu warga yang bergerak di dalamnya dan saya sendiri terkejut melihat betapa dunia tidak mampu menghentikan kejahatan yang dilakukan terhadap warga kota kami setiap harinya. Ini adalah kehidupan di bawah tekanan, dan tidak ada seorang pun dapat bergerak tanpa pengawasan dari penjajah Israel. Ini adalah tragedi yang nyata bagi orang-orang yang hidup di antara empat dinding, tanpa diperbolehkan untuk memperluas wilayahnya. ”

Tragedi Qalqilia ternyata belum mampu mengetuk banyak pihak terutama negara-negara besar untuk dapat memberikan tekanan terhadap Israel atas kejahatan kemanusiaan yang selalu dipertontonkan hari demi hari. Mungkin masih banyak lagi pihak yang belum mengetahui lebih dekat nasib penduduk yang hidup dalam himpitan dinding pemisah di mana mereka bahkan tidak memiliki tempat lagi untuk perkuburan. Atau mungkin bukan tidak mengetahui, melainkan tidak mahu mengetahui. (mrz/pnn)

HALUANPALESTIN