Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Kaifa halukum? Apa khabar iman anda? Semoga makin bertambah iman kita semua, inshaALLAH.
Cuti ni macam mana? Dah hafaz al-Quran? Dah hafal surah as-sajadah dan yaasin? Dah ulangkaji bagi subjek2 yang mungkin antum rasa lemah?
Kalau sudah, tahniah dan teruskan usaha anda. Kalau belum, mulakanlah dari hari ini, kerana masa tidak akan berulang kembali.
Tahun depan, inshaAllah kita semua akan menjadi CALON SPM dan SENIOR di sekolah kita.
Jadi, ayuh kita sama2 memperbaiki diri untuk menjadi pelajar dan manusia yang lebih berakhlaq mulia dan bisa menjadi contoh dan teladan kepada adik2 di SMAH. Dan yang paling penting ialah dapat membanggakan dan memajukan sekolah, agama, negara. inshaALLAH.
Izinkan ana guna bahasa yang tidak formal ya>>
Mungkin korang semua ada perancangan untuk tahun depan?
Nak buat majalah ke? (macam wardahtuljannah)
( sekarang kat otak ana, hanya pikir nak buat majalah je ;))
ataupun korang ada idea lain yang boleh membuatkan batch kita jadi lain daripada yg lain,i/A.
Kalau macam tahun ni, kita tak buat apa2. Apakata tahun depan kita buat sesuatu yang bleh bagi manfaat kat diri kita sendiri dgn org lain.
Any idea??
Kalau korang ada idea, boleh kongsi kat sini. jgn malu2, jgn segan2.
<>