Tuesday, April 12, 2011

Inspirational thoughts


P/s,
Hope to hear your comments and thoughts about the video

Sunday, April 10, 2011

Alam Maya [vs] Alam Realiti

Alam Maya VS Alam Realiti
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: cahaya hati8
Editor: fazly_90

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..


Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..


Friday, May 28, 2010

sharing is caring


Salam.
May Allah's blessing surround us always :)
Naah, today I just wanna share a link with u all.
Whoever want to learn English better (u could do it only 6 mins every day),
u should enter this bbc's link.
Good luck! 
^_^

Sunday, May 23, 2010


we gotta change! we gotta change!
>>>change>>>to be more and more focus on study.
>>>and to be a better abidullah and taqarrub ilaih.

MID-YEAR>>TRIAL SPM>>>SPM>>>

Friday, May 14, 2010

mid-year exam


Bismillah.
Hari ini, 14 Mei 2010 merupakan hari terakhir bagi pelajar sastera+seni menduduki peperiksaan. Bagi pelajar aliran sains tulen pula minggu depan merupakan minggu terakhir bagi peperiksaan pertengahan tahun.

Yahh, bestnya student aliran sastera. kome dah habis exam.
tapi, jangan terlalu gembira!
kerna spm belum kita hadapi lagi.
[lupa pula, antum pun ada exam bat kan? :) ]

Kepada student aliran sains tulen. teruskan usaha kalian.
marilah kita semua berjuang habis-habisan.
bukan hanya untuk mid year exam sahaja!
tapi untuk segala-galanya.

teringat kata-kata Muallimah Norbaya tadi.
tahun depan dah tak dapat jumpa guru-guru kat smah.
kalau nak tanya soalan add maths, tanyalah dengan sesegeranya.
muallimah tak kisah.
walaupun muallimah ada kerja lain kena buat kat ofis, muallimah sanggup ketepikan dulu kerja muallimah untuk bantu anak murid muallimah.
muallimah nak yang terbaik untuk pelajar tingkatan 5 2010!
kalau tahun lepas add math, ada 3 pelajar dapat A+, tahun ni muallimah nak kekalkan prestasi macam tahun lepas dan nak yang lebih baik lagi.

[tersentuh pabila muallimah cakap tadi]

Kepada kalian semua, termasuk diri saya yang sedang menaip ini,
takkan lah kita nak biarkan harapan muallimah berlalu begitu je?
we must do something!
kita mesti kena buat yang terbaik! YANG TERBAIK! YANG TERBAIK!

inshaAllah, kalau usaha betul-betul, dan diiringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah. InshaAllah kita akan berjaya.
tiada gunanya kalau kita hanya mengomong sahaja kalau tiada apa-apa tindakan kita lakukan dengan segera.
maka, ayuhlah kawan2.kita ubah diri kita menjadi 'abid, pelajar dan manusia yang lebih baik dan TERBAIK!

wallahu'alam.

Thursday, April 22, 2010

Berita

22 April 2010, 5 Mumtaz- Pada petang khamis, di kelas 5 mumtaz, seorang pelajar perempuan telah berkongsi sebuah berita yang mengatakan bahawa ada seorang pencuri yang meminta keizinan daripada seorang mak cik untuk merompaknya.(Pelik..pelik..). Walaubagaimanapun, keadaan mak cik itu baik sahaja(Alhamdulillah).

*Kisah ini benar-benar terjadi.
Sengaja meng"post"kan cerita ini untuk mengaktifkan kembali blog ini :)
dan juga atas permintaan seorang sahabat. :D

Sunday, March 14, 2010

SPM IS HUNTING US or WE'RE HUNTING SPM??


BISMILLAH.

InshaAllah, hari ni nak kongsi sikit beberapa link yang ana jumpa dan ana rasa ia memang boleh membantu pelajar2 sains untuk score dlm subjek2 sains.


Yang seterusnya pulak untuk sume student form 5
cambridge dictionary(dictionary bi-bm, mmg best!)
dictionary juga (dictionary, nafi'un sgt2!)

Yang ini pula,
korang boleh buat weekly planner utk preparation SPM.

Seterusnya, laman web yg boleh tambahkan pgthuan kita semua:


Jadi, ana harap, kita semua bolehlah gunakan segala link2 yg telah dikongsikan w/pun hanya satu sahaja.
Tahun ni kita nak SPM, lebih kurang lagi 8 BULAN SAHAJA sebelum SPM.
Jadi, ayuhlah kita persiapkan diri kita dengan segala ilmu yg telah kita belajar selama ini, inshaAllah.
Ingatlah, sesiapa yang berusaha, inshaALLAH Allah akan mempermudahkan baginya jalan untuk berjaya!
Jangan STUDY hanya untuk dapatkan sijil dan kebanggaan di dunia sahaja, tapi tetapkan niat kita untuk STUDY KERANA ALLAH dan MENEGAKKAN KEMBALI DEEN ISLAM KITA!

p/s: kalau korang ada link yg best utk spm or yg b'manfaat, blh share kat sini ;)
Al-Ijtihad Asasun najah~
Wallahu'alam.

Wednesday, February 17, 2010

Tarikh Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Mahu kongsi sikit maklumat tentang peperiksaan awam tahun ni.(2010).


Jadual peperiksaan awam bagi tahun 2010 iaitu untuk UPSR, PMR, SPM dan STAM telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala Majlis Peperiksaan Malaysia juga telah memaklumkan tarikh peperiksaan yang akan diadalakan untuk STPM dan MUETbagi tahun 2010. Semoga ini akan menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;
UPSR 2010 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Ujian Bertulis21 – 23 September 2010
PMR 2010 – Penilaian Menengah Rendah
Ujian Bertulis5 – 12 Oktober 2010

SPM 2010 – Sijil Pelajaran Malaysia
Amaliakan dimaklumkan
Ulangan22 – 23 Jun 2010
Ujian Bertulis22 November – 16 Disember 2010
STAM 2010 – Sijil Tinggi Agama Malaysia
Ujian Lisan12 – 23 Julai 2010
Ujian Bertulis18 – 27 Oktober 2010
STPM 2010 – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Ujian Lisan21 – 23 September 2010
27 – 29 September 2010
Ujian Bertulis22 November – 14 Disember 2010
MUET 2010 – Malaysian University English Test
Pertengahan TahunAkhir Tahun
Ujian Speaking3 – 5 Mei 201012 – 14 Oktober 2010
10 – 12 Mei 201018 – 20 Oktober 2010
Ujian Bertulis24 April 201013 November 2010
Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;
UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340
STPM : 03 – 6136 9663
MUET : 03 – 6136 9663

So, tarikh SPM dah tahu, jadi persiapkanlah diri kita ni untuk berjuang dalam pertempuran nanti!!

Monday, December 14, 2009

to candidate spm 2o10, smAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Kaifa halukum? Apa khabar iman anda? Semoga makin bertambah iman kita semua, inshaALLAH.

Cuti ni macam mana? Dah hafaz al-Quran? Dah hafal surah as-sajadah dan yaasin? Dah ulangkaji bagi subjek2 yang mungkin antum rasa lemah?
Kalau sudah, tahniah dan teruskan usaha anda. Kalau belum, mulakanlah dari hari ini, kerana masa tidak akan berulang kembali.

Tahun depan, inshaAllah kita semua akan menjadi CALON SPM dan SENIOR di sekolah kita.
Jadi, ayuh kita sama2 memperbaiki diri untuk menjadi pelajar dan manusia yang lebih berakhlaq mulia dan bisa menjadi contoh dan teladan kepada adik2 di SMAH. Dan yang paling penting ialah dapat membanggakan dan memajukan sekolah, agama, negara. inshaALLAH.

Izinkan ana guna bahasa yang tidak formal ya>>

Mungkin korang semua ada perancangan untuk tahun depan?
Nak buat majalah ke? (macam wardahtuljannah)
( sekarang kat otak ana, hanya pikir nak buat majalah je ;))
ataupun korang ada idea lain yang boleh membuatkan batch kita jadi lain daripada yg lain,i/A.

Kalau macam tahun ni, kita tak buat apa2. Apakata tahun depan kita buat sesuatu yang bleh bagi manfaat kat diri kita sendiri dgn org lain.

Any idea??
Kalau korang ada idea, boleh kongsi kat sini. jgn malu2, jgn segan2.

<>

Tuesday, December 8, 2009

Motivasi Diri

Click Me!

Motivasi Diri

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.

Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.


2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.


3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.


4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.


5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.


6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.


7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.


8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.



12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

~Jadi..semoga kita ade semangat untuk melakukan sesuatu yang baik..espeacially bile belajar supaya mendapat semangat belajar awal2 lagi. Sesungguhnya Allah suka pada orang yang melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh

Sunday, December 6, 2009

DosA yAng LebiH HebAt dAri ZinA


Dosa yang Lebih HEBAT dari ZINA
www.iluvislam.com
Alsansan
Editor: Afdhal87





Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. 

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." 
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.


Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
"Saya ......telah berzina." 

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"
...teriak Nab
i Musa sambil memalingkan mata karena jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? 

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? 

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. 

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" 

" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. 


Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.

Fastakim Kama Umirta 

Monday, November 30, 2009

..Pengumuman Buat Pelajar Sains...


assalamualaikum w.b.t

kelas chemistry akan diadakan sewaktu cuti persekolahan ini, yakni pada

Tarikh : 9, 10 dan 11 disember 2009
Masa : 9:00 - 11:30 pagi


wallahua'lam

Friday, November 27, 2009

Berita

Ana dapat berita ini dari Zulhilmi. Dia mesej ana.

Dia ckp yang bapa Muallimah Syamsiah baru saja meninggal dunia.

pada 9.30 25/11/2009

marilah kita sedekahkan al-fatihah..

Thursday, November 26, 2009

happy eid 'adha!



Funscrape.Com

Funscrape.Com | More Eid Ul Adha Comments




Selamat Menyambut Eidul Adha..
May Allah Bless Us With The Spirit Of Qurban..
Kullu 'Amin Wa Antum Bikhair~

Saturday, November 21, 2009

Jamuan Kelas Akhir Tahun 2009


Salam~ Gambar2 ni ditangkap masa jamuan akhir thun form 4..untuk menggambarkan suasana kelas tanpa pelajar ( maksudnya sblm majlis tu bermula..)






hasil banin~ yang telah ditampalkan di dinding sekolah









meja yang telah ditempah khas untuk para muallimah~
yang telah dihias cantik oleh banat2 ;-)




meja yang telah ditempah khas untuk para muallim~
dihias cantik oleh banat2 jugak..



tema majlis ni merah dengan putih~




langsir takda..alhamdulillah, masa muallimin n muallimat dtg, tak panas sangat~







Sunday, November 15, 2009

pePeriKsaAn oH PeperIksaAn..

PEPERIKSAAN…OOO…. PEPERIKSAAN
www.iluvislam.com
Oleh : NJ maniac
Editor: naadherah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”


Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.


sumber- iLuvislam.com